Saturday, August 1, 2015

Penyediaan Juadah Raya Bagi Orang Bujang

PENYEDIAAN JUADAH RAYA BAGI ORANG BUJANG - Salam sejahtera semua, esok dah masuk hari minggu, rasanya ramai kawan-kawan yang ingin berkunjung ke rumah kawan-kawan baik yang bujang atau yang sudah berkahwin. Bagi mereka yang bujang terutama lelaki, tentu mereka pening kepala nak mencari menu yang sesuai untuk dihidangkan kepada kawan-kawan yang saban hari datang berkunjung untuk beraya. Mungkin bagi mengelakkan ada yang beri pelbagai alasan atau ada yang keluar kemana-mana untuk mengelakkan diri. Mungkin entri kalini dapat membantu. 


Waktu sebegini bagi yang anak dara, yang duduk dirumah bujang, ketika kawan nak datang berkunjung waktu itulah terpaksa telefon emak di kampung bertanyakan pelbagai resepi, ada yang susah ada yang senang. Masa tu lah dapur dah serupa kapal kargo terbalik then karam. Jangan pening-pening, Kengkawan nak datang harus di layan bebaik, masakan simple pun dah kira memadai. Mereka datang untuk berkunjung bukan untuk berpesta. Apa yang boleh dikongsi boleh diambil sebab mudah dan pantas penyediaan.

Ketupat Mini ( Juadah  Utama ) 


 Ketupat mini boleh dijadikan dengan juadah utama dalam meraikan tetamu yang hadir, bagi mereka yang bujang tidak salah mencuba. Jom kita lihat juadah yang boleh disuai padan dengan Ketupat Mini.  Penyediaan amatlah mudah hanya rebus sahaja selama 1 jam untuk menjamin ketahanan.
sumber Google


Juadah  yang Boleh di Suai Padan dengan Ketupat Mini ( Khas Orang Bujang ) 

  • Masak Lodeh 
    • Memang Mudah penyediaan kalau korang ikut step by step yang diberikan. Insah-allah dari tak pandai masak terus bertukar menjadi pandai masak. 
    • Cara Penyediaan 
      • Bahan (A)
        • Lobak ( hiris kecil )
        • Sengkuang ( hiris kecil )
        • Kobis ( hiris kecil )
        • Tauhu Lembut / Tempe ( Dipotong kecil dan Goreng ) 
        • Tauhu Fucuk / Suhoon ( Direndam ) 
      • Bahan (B)
        • Bawang Besar ( hiris kecil )
        • Bawang Putih ( hiris kecil )
        • Cili Merah ( hiris kecil )
        • Udang kering ( ikut suka )
        • Santan Pekat 
        • Kunyit serbuk
        • Garam 
        • Minyak
        • Air
      • Penyediaan Masak 
        • Panaskan Minyak, Tumiskan Bahan B kecuali Santan 
        • Masukkan 1 cawan air dan biarkan 2 minit sebelum masukkan Bahan A kecuali Tauhu Lembut / Fucuk / Tempe / Suhhoon, 
        • Biarkan selama 3 minit dan Masukkan Santan Pekat. Bila nampak didih sedikit Baru Masukkan Bahan Yang tidak dimasukkan spt  Tauhu Lembut / Fucuk / Tempe / Suhhoon Biarkan 2 minit.  
        • Tutup api, dan terus hidangkan 


Sumber google / Rasa

  • Kuah Kacang 
    • Kuah Kacang boleh di hdang berssama nasi impit atau termasuk sekali dengan masak lodeh, memang agak rumit tapi simple. 
    • Cara Penyediaan 
      • (Bahan Kisar)
        • 10 Ulas Bawang Merah ( kecil ) 
        • 3 Ulas Bawang Putih 
        • 4 Batang Serai 
        • 1 inci Halia
        • 1 inci Lengkuas 
        • Cili Kering ( ikut suka )
      • (Bahan Lain) 
        • Kacang Tanah Kulit dibuang (Di goreng tanpa Minyak dan dikisar 1/2 halus)
        • Air Asam Jawa 
        • Gula Melaka 
        • Garam 
        • Gula 
        • Minyak
      • Penyediaan Memasak 
        • Panaskan Minyak Tumis Bahan Kisar sehingga garing serta naik bau sebelum dimasukkan Kacang Tanah yang telah di kisar. 
        • Masukkan Garam / Gula / air asam jawa / gula melaka gaul rata dan dibiarkan sehingga pekat. ( jangan sampai hangus sentiasa kacau rata ) 
        • Kalau nak manis tambah gula ikut suka korang ye. 
        • Hidang terus bersama nasi impit. 


  • Air Ribena 
    • Sememangnya diketahui yang umumnya Ribena adalah air yang kaya dengan Vit-C sesuai diminum dalam cuaca panas, 


  • Minuman Pran Juice 


Harap Tips ni dpat membantu korang yang bujang-bujangan, bukannya apa kalau yang pandai masak, macam-macam juadah boleh disediakan tak perlu internet di hujung jari, tapi bagi mereka yang masih bertatih terutama lelaki rasanya dapat membantu kot. 

2 comments:

emalin mohd said...

Saya tak pandai masak kuah kacang walau dah berkeluarga..hihi

Unknown said...

@emalin : tak pe sesekali campak2 je. tapi step kena ikut yang betul, insha allah menjadi.