Sunday, August 2, 2015

Rendang Ayam Resepi Bonda

Rendang Ayam Resepi Bonda - Salam sejahtera semua khususnya buat pembaca yang mengikuti Kisah Cik Za bicara Makan. Seperti entri lepas kita bercerita pasal sayur yang boleh dijadikan bahan untuk perubatan. Sekarang kita lari topik sebentar, bermakna punahlah diet kita untuk harini. Semestinya Rendang Ayam Resepi Bonda untuk santapan tengahari bersama keluarga. 


Resepi Urap Beremi Kelapa

Resepi Urap Beremi Kelapa - Salam sejahtera pada yang mengikuti blog picisan Kisah Cik Za Bicara Makan, tentu ramai yang bertanya and ada yang terfikir apa tu, beremi, Sumber Utusan sebenarnya Pokok beremi atau nama saintifiknya portulaca banyak terdapat di kawasan pesisir pantai di negara ini namun pokok ini hanya dipandang sepi pada suatu masa dahulu. Pokok menjalar dan hidup di kawasan yang mempunyai persekitaran yang lembab. Selain boleh digunakan untuk masakan, beremi juga digunakan untuk menyembuhkan penyakit, seperti merawat asma serta ketagihan merokok ( sumber : Disini )



Saturday, August 1, 2015

Penyediaan Juadah Raya Bagi Orang Bujang

PENYEDIAAN JUADAH RAYA BAGI ORANG BUJANG - Salam sejahtera semua, esok dah masuk hari minggu, rasanya ramai kawan-kawan yang ingin berkunjung ke rumah kawan-kawan baik yang bujang atau yang sudah berkahwin. Bagi mereka yang bujang terutama lelaki, tentu mereka pening kepala nak mencari menu yang sesuai untuk dihidangkan kepada kawan-kawan yang saban hari datang berkunjung untuk beraya. Mungkin bagi mengelakkan ada yang beri pelbagai alasan atau ada yang keluar kemana-mana untuk mengelakkan diri. Mungkin entri kalini dapat membantu. 


Thursday, July 30, 2015

Kebaikan Coklat Yang Tidak Ramai Tahu


Kebaikan Coklat Yang Tidak Ramai Tahu - Salam sejahtera semua warga malaysia yang terutama mereka penggemar coklat. Ramai memperkatakan yang coklat boleh menggemukkan seseorang jika tidak dikawal, dan ada kalanya mengatakan coklat boleh membawa kepada penyakit kencing manis. Tapi tahukah korang yang sebenarnya coklat ni jika kita manfaatkan boleh menyihatkan badan kerana tak semua yang mengetahui kebaikan coklat yang sebenar.

Wednesday, July 29, 2015

Minuman Pran Juice Yang Mengasyikkan


Minuman Pran Juice : Dalam cuaca panas yang terik ni, mesti korang nak mencari something untuk melegakan, kiranya minuman sejuk yang boleh melegakan tekak kering. Bukannya apa, cuaca panas terik tetiba tekak kering, cuba basahkan dengan air panas sure korang terkejut. Kalau suam tu boleh lagi lah. Tapi kalau terfikir, atau berangan tetiba kita dihidangkan air yang 100% dari pati buah, di tambah dengan ais, masa tu kita rasa tak ingat orang atau masalah yang ada.