Wednesday, July 29, 2015

Ribena Pineapple & Passionfruit Menjadi Pilihan



Ribena Pineapple & Passionfruit Menjadi Pilihan - Salam sejahtera, harini nak jugak berkongsi tentang keluaran perisa terbaru produk ribena malaysia. Pada mulanya terkejut jika sebelum ni fokus pada produk ribena serta campuran buahan, kini Ribena telah beralih kepada buahan yang berlainan seperti perisa Nenas dan Buah Markisa. Ada sesiapa menjadi peminat tegar NENAS atau MARKISA? 


Rasanya sangat terbaik sesuai untuk mereka yang sedang melakukan proses diet. Campuran nenas dan buah markisa sememangnya menjadi pilihan terbaik untuk menghadapi cuaca panas, jika ada yang membuat study, banyak khasiat yang diperolehi dalam buah nenas dan markisa, bukan berfokus kepada untuk menghilangkan dahaga, bahkan kandungan yang ada boleh menyihatkan badan, 

Khasiat Buah Nenas 
  • Mempunyai Vit-C, Serat B6, mangan, tembaga, Vit-b1 dan Float yang baik untuk kesihatan. 
  • Mangan dan Vit-B1 sememangnya terbaik untuk pengeluaran tenaga serta antioksidan dalam badan kita selain menyihatkan tubuh kita. 
  • Nenas juga sebenarnya kaya dengan fosforus, kalsium, potasium membantu memberikan kesihatan yang baik. 
Khasiat Buah Markisa
  • Mempunyai Pro-Vitamin A, niasin ( Vitamin B3 ) dan Riboflavin (Vitamin B2) 
  • Vit-A sesuai untuk penglihatan 
  • Vit-B kompleks untuk kesihatan mata, hati, kulit dan jantung 
  • Vit-C sesuai untuk mereka yang mementingkan penjagaan kulit. Bagi mereka yang selalu mengalami simptom selsema, dinasihatkan mengamalkannya kerana baik untuk mereka. 
Bila melihat pada khasiat tersembunyi, kita sendiri tak jangka rupanya selama ini, ada khasiat di sebaliknya yang bagus untuk penjagaan diri kita. Harga berpatutan, tapi berbaloi untuk kesihatan. Jadi jangan tunggu lelama, jom dapatkan sebotol RIBENA PINEAPPLE & PASSIONFRUIT di kedai yang berdekatan, pastikan sejukkan dahulu sebelum minum untuk merasai keenakkan air buah yang segar.

No comments: