D'Laila Mee Udang Power, MMA Santai Corner - Ehem2! Pasti sekarang korang mencari port baik nak berbuka puasa kan? Sure lah tertanya-tanya kat mana yang sesuai untuk bawa keluarga berbuka puasa, sebelum2 ni za dah beberapa kali luangkan masa pulun habis kat MMA SANTAI CORNER, NILAI, sememangnya macam2 ada kat situ, tapi mata terpandang dengan gerbang banner besar MEE UDANG D’LAILA, harga alhamdulillah berpatutan sesuai ngan bajet korang sebagai bujangan atau student.
Sewaktu sampai di Gerai D'Laila tersusun pelbagai ikan serta juadah lain untuk dijadikan Asam Pedas, Masak Lemak dan sebagainya, Tertarik dengan Mee Udang XXL tu yang membuatkan hati kepingin untuk mencuba hidangan tersebut, ternyata terlalu puas hati. selebihnya korang nikmatilah sendiri.
Kenapa za sarankan korang makan kat sini
- Suasana santai mengamit memori, dengan ada live band ala-ala hotel gitu
- Mee Udang serius sedap tak lokek udang, isi udang yang manis sememangya fresh
- Harga murah dan berpatutan kena pada semangkuk yang di pesan.
- Lokasi strategik terletak berdekatan dengan bulatan yang mudah dilihat
- Owner kedai mementingkan kebersihan dan kepuasan pelanggan
- Tak rugi berbelanja disini.
Jangan lupa, disarankan untuk booking meja tau, sebab kedai ni sentiasa penuh, kalo nak booking tuk buka, inform 2 jam elum berbuka lagi afdal.
Hubungi Untuk Tempahan
MMA Santai Corner Putra Point,
71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
0 11‑2313 6081 ( owner D’Laila )


No comments:
Post a Comment